Dunia seni sering dikaitkan dengan bakat, kerja keras dan peluang. Namun, bagi sesetengah selebriti Korea Selatan, perjalanan mereka dalam industri hiburan seakan sudah tertulis sejak kecil.
Membesar dalam keluarga yang cukup dekat dengan dunia lakonan, muzik dan produksi, mereka bukan sahaja terdedah kepada selok-belok industri sejak usia muda, malah ada yang memilih untuk meneruskan legasi seni yang telah dibina.
Pun begitu, memiliki nama keluarga yang dikenali bukanlah tiket untuk mereka mencipta kejayaan dengan mudah. Masing-masing tetap membina kerjaya dan membuktikan kemampuan sendiri. Berikut selebriti Korea Selatan yang datang dari keluarga seni:-
Anggota kumpulan STAYC, Sieun atau nama sebenarnya Park Si Eun ialah anak kepada Park Nam Jung, penyanyi veteran Korea Selatan yang sangat popular pada penghujung 1980-an. Sieun terlebih dahulu memilih bidang lakonan sebelum mengikut jejak bapanya sebagai penyanyi.










%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fhouthixsaudi1_990948.png&w=480&output=webp&q=85&we)