Cerita yang sampai ke telinga Cik Bunga ini, tentang seorang artis wanita yang dikatakan terkilan dia tidak diberitahu tentang kematian ayahnya. Selama in diai tinggal bersama ayahnya itu selepas rumah tangganya berakhir. Ayahnya pula sudah agak lama diuji dengan masalah kesihatan.

Apa yang mengundang tanda tanya, pada hari ayahnyanya menghembuskan nafas terakhir, si anak tidak berada di sisi.

Menurut cerita yang Cik Bunga dengar, jiran dan saudara-mara cuba mencari serta menghubunginya. Telefon pula tidak berjawab. Sudah dicari, sudah dihubungi, tetapi masih tidak dapat dikesan.

Jadi, mahu tidak mahu, urusan terakhir arwah perlu diteruskan oleh ahli keluarga yang ada. Tak akanlah jenazah mahu dibiarkan menunggu lama kerana seorang ahli keluarga belum dapat dihubungi?