Manchester: Penyerang sensasi Manchester City, Erling Haaland mendedahkan bahawa keputusannya memotong rambut panjang ikoniknya memberikan satu kelebihan luar jangka di luar padang.

Penyerang dari Norway itu mengejutkan peminat awal musim ini apabila menukar gaya rambut ekor kuda yang sinonim dengan dirinya kepada potongan yang jauh lebih pendek.

Haaland sebelum ini adalah antara figura paling mudah dikenali dalam arena bola sepak dunia, sebahagian besarnya kerana ketajaman di depan gol serta imej unik ala 'Viking'.

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu berpendapat sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan drastik yang mengejutkan dunia sukan.