KOTA KINABALU: Ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat dibenarkan mengikuti prosiding inkues kematian anaknya di Mahkamah Koroner hari ini.

Terdahulu, kehadiran Noraidah ketika prosiding dibantah Pegawai Pengendali, Nahra Dollah kerana dikhuatiri menjejaskan keabsahan keterangannya sekiranya dipanggil semula sebagai saksi.

Noraidah sudah selesai memberi keterangannya sebagai saksi ke-82 pada inkues berkenaan.

Selepas mendengar keterangan pihak berkaitan berhubung isu itu, Koroner Amir Shah Amir Hassan menyatakan mahkamah akan menimbangkan alasan bagi sebarang permohonan memanggil semula Noraidah sebagai saksi sebelum membuat keputusan.