SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu bagi membantu siasatan kesalahan khalwat membabitkan seorang figura awam di daerah Petaling, pada Khamis.Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tangkapan dilakukan kira-kira jam 6 petang susulan kesalahan yang disyaki dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.Menurutnya, jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali."JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran memaparkan tangkap layar rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan sebuah van milik JAIS berada di kawasan tempat letak kereta sebuah premis.Hantaran itu turut mencetuskan persoalan dalam kalangan pengguna media sosial mengenai kehadiran kenderaan penguat kuasa agama itu di lokasi terbabit.Malah, individu yang didakwa kelihatan memasuki van itu dikaitkan sebagai pemimpin kanan sebuah parti politik.Dakwaan itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan sindiran dalam talian sebelum JAIS mengesahkan berlaku penahanan dua individu berkaitan kes khalwat.Bagaimanapun, JAIS tidak menamakan individu yang ditahan dalam kenyataan berkenaan.
JAIS sahkan tangkapan kes khalwat babit figura awam

Key takeaways
JAIS mengesahkan penahanan dua individu dalam kes khalwat yang melibatkan figura awam di Petaling.
- Penahanan dua individu dilakukan mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah 1995.
- Jika sabit, pesalah boleh dikenakan denda atau penjara hingga dua tahun.
- Media sosial mencetuskan spekulasi mengenai kehadiran van JAIS dan individu yang didakwa.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia JAIS sahkan figura awam ditangkap khalwat semalam
- Sinar Harian JAIS sahkan tangkapan kes khalwat babit figura awam (this story)









