KUALA LUMPUR - Asas perindustrian yang pelbagai meletakkan Selangor pada kedudukan strategik untuk mempercepat transformasi industri menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI), pembuatan mampan dan penyelesaian tenaga pintar.Pengarah Urusan Hannover Fairs Asia Pacific, Tim Bostridge berkata, kekuatan ekosistem perindustrian Selangor menjadi antara faktor yang menyokong pelaksanaan inovasi teknologi dalam sektor berkenaan.Menurutnya, selain lokasi strategik, Selangor turut mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi serta dasar negeri yang progresif dan menyokong inovasi secara aktif."Kekuatan sektor perindustrian Selangor menyediakan asas yang kukuh bagi transformasi teknologi."Keselarasan antara aspirasi perindustrian Malaysia dengan tema teras Hannover Messe amat jelas, khususnya dalam transformasi industri berteraskan AI, pembuatan mampan, penyelesaian tenaga pintar serta inovasi dalam pengeluaran berskala besar."Di sinilah inovasi perindustrian Malaysia bertemu dengan dasar negara dan hasil perniagaan, sekali gus memperlihatkan bagaimana Selangor melaksanakan inovasi secara bersepadu," katanya ketika pelancaran Selangor Techsphere Summit (STS) 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Rabu.STS 2026 yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor, menampilkan lebih 35 sesi persidangan dan penyertaan 34 pempamer sepanjang empat hari penganjurannya.Sidang kemuncak tersebut menghimpunkan pemimpin industri, pengilang, syarikat teknologi, wakil kerajaan dan pakar untuk membincangkan teknologi serta keupayaan yang bakal membentuk masa depan sektor perindustrian.Ia merupakan sebahagian daripada Selangor International Business Summit (SIBS) 2026, sekali gus membuka lebih banyak peluang interaksi antara industri, kerajaan, pelabur, penyedia teknologi dan komuniti perniagaan serantau.Acara tersebut memberi tumpuan kepada empat bidang utama: AI dan Ekonomi Digital, Semikonduktor dan Mikroelektronik, Teknologi Hijau dan Automasi Pintar, serta Tadbir Urus, Bakat dan TVET 4.0.Dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dengan kerjasama Selangor Technical Skills Development Centre (STDC) dan diperkasakan oleh Hannover Messe, STS 2026 bertujuan menghubungkan perkembangan teknologi global dengan keperluan sebenar perniagaan dan industri di Malaysia serta rantau ASEAN.Mengulas lanjut, Tim berkata, Hannover Fairs Asia Pacific berperanan membawa kepakaran penganjuran acara perindustrian antarabangsa ke STS bagi menghubungkan trend teknologi global dengan keperluan industri tempatan.Katanya, pendekatan tersebut membolehkan perniagaan tempatan memahami perkembangan teknologi antarabangsa serta mengenal pasti cara mengaplikasikannya bagi meningkatkan produktiviti."Kami membawa tema dan topik daripada pameran perdagangan terkemuka seperti yang diadakan di Jerman ke sini, kemudian menelitinya dalam konteks tempatan."Kami juga melihat bagaimana perkara tersebut boleh diaplikasikan oleh perniagaan tempatan dan apa yang boleh dilakukan oleh syarikat M
Kekuatan ekosistem Selangor percepat transformasi industri

Key takeaways
Selangor mempunyai kekuatan ekosistem perindustrian yang mempercepat transformasi teknologi melalui AI dan inovasi.
- Selangor mempunyai asas perindustrian yang pelbagai dan strategik.
- Kekuatan ekosistem Selangor menyokong inovasi teknologi dan pembuatan mampan.
- STS 2026 akan menyatukan pemimpin industri dan pakar untuk bincang teknologi masa depan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NURHIDAYAH HAIROM
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Kekuatan ekosistem Selangor percepat transformasi industri (this story)






