KUALA LUMPUR: Persidangan Antarabangsa Islam dan Ekonomi Halal Keempat (ICIHES) 2026 anjuran bersama Pertubuhan Legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi (LEGASI) bermula semalam di Chonburi, Thailand, menghimpunkan ahli akademik, penyelidik, pembuat dasar, pengamal industri dan mahasiswa bagi membincangkan perkembangan, cabaran serta peluang baharu dalam ekonomi halal.

Bertemakan 'Ilmu Merentasi Sempadan, Kemakmuran Melangkaui Halal', persidangan ini menekankan kepentingan perkongsian ilmu merentas sempadan negara dan disiplin bagi memperkukuh pembangunan ekonomi halal yang lebih dinamik, inklusif dan mampan.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, LEGASI memaklumkan, persidangan antarabangsa ini anjuran pihaknya bersama Dana Endowmen Ekonomi Halal (DEEH) dan Kolej Antarabangsa Universiti Burapha (BUUIC), Chonburi.