Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke majlis santapan malam dihoskan Gabenor Wilayah Tashkent Zoyir Mirzayev di Amirsoy Mountain Resort. (Gambar Istana Arau)PETALING JAYA: Perlis dan Wilayah Tashkent di Uzbekistan sedang meneroka peluang memperluas kerjasama dalam sektor pertanian dan pelancongan, termasuk potensi pembangunan tanaman kenaf di wilayah itu.

Gabenor Wilayah Tashkent Zoyir Mirzayev berkata, kerjasama itu boleh diperkukuh menerusi perkongsian kepakaran serta pemanfaatan sumber ekonomi dan kelebihan yang dimiliki kedua-dua pihak.

Menurutnya, usaha meneroka potensi penanaman kenaf sudah dimulakan, termasuk kemungkinan memperluas projek berkenaan di Tashkent susulan perbincangan terdahulu.