Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata jerebu bukan sahaja menjejaskan pelancongan dan kesihatan awam malah mengganggu pendidikan apabila sekolah terpaksa ditutup.KUALA LUMPUR: Syed Saddiq Syed Abdul Rahman gesa rakyat memboikot syarikat terbabit pembakaran hutan sehingga menyebabkan jerebu rentas sempadan, dengan menggunakan kuasa membeli seperti pendekatan Dr Mahathir Mohamad ketika berdepan pertikaian dengan United Kingdom.

Ahli Parlimen Muar berkata, rakyat tidak seharusnya hanya mengharapkan kerajaan bertindak, sebaliknya perlu memberi tekanan kewangan kepada syarikat terbabit.

“Kita mempunyai kuasa dan kuasa membeli yang akhirnya boleh membuatkan syarikat-syarikat Indonesia berasa bimbang,” katanya di Dewan Rakyat.