SELEPAS lebih seminggu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, percaturan awal agihan kerusi dalam kalangan parti politik mula menampakkan corak, dengan beberapa kawasan yang bakal ditandingi setiap parti sudah dikenal pasti.

Walaupun belum dimuktamadkan secara rasmi, rundingan pada peringkat negeri difahamkan sudah menjurus kepada cadangan pembahagian kerusi sebelum dibawa untuk pertimbangan dan kelulusan pimpinan pusat masing-masing.

Tumpuan pasti terarah kepada kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) yang dijangka menyaksikan kedua-dua gabungan perlu berkompromi dalam menentukan kawasan yang bakal ditandingi, terutama kerusi yang mempunyai nilai strategik kepada parti masing-masing.