KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) bersama syarikat-syarikat kumpulannya terus memperkukuh komitmen terhadap kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI 2026.Program berkenaan memanfaatkan 42 Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dalam kem tentera di seluruh negara dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.05 juta.Susulan kejayaan pelaksanaan program sama pada 2025 yang membabitkan 38 sekolah rendah dan menengah dalam kem ATM, inisiatif tahun ini memberi fokus kepada penambahbaikan prasarana sekolah agama dan KAFA bagi menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.Ketua Eksekutif LTAT, Datuk Mohammad Ashraf Md Radzi berkata, sebagai institusi pengurusan dana di bawah Kementerian Pertahanan, LTAT bukan sahaja bertanggungjawab mengurus simpanan dan persaraan warga ATM, malah turut memainkan peranan dalam menjaga kesejahteraan keluarga mereka."Kami percaya kesejahteraan warga ATM turut merangkumi kebajikan keluarga dan masa depan anak-anak mereka."Justeru, menerusi Program Sekolah Angkat MADANI dan Kem Santuni MADANI, kami komited menyediakan kemudahan pendidikan dan prasarana komuniti yang lebih baik demi meningkatkan kualiti hidup warga ATM serta keluarga mereka," katanya pada Majlis Peluncuran Program Sekolah Angkat MADANI 2026 yang disempurnakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Khamis.Mohammad Ashraf turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia atas sokongan serta kerjasama dalam menjayakan program berkenaan."Selaras dengan aspirasi GEAR-uP, inisiatif ini mencerminkan komitmen LTAT untuk memperkukuh kesejahteraan warga ATM dan keluarga melalui penyediaan persekitaran pendidikan yang lebih baik demi masa depan generasi akan datang," katanya.Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, usaha meningkatkan kesejahteraan warga ATM perlu meliputi bukan sahaja kebajikan anggota yang sedang berkhidmat, malah keperluan keluarga mereka terutama dalam aspek pendidikan dan kemudahan kehidupan seharian."Anggota ATM memikul tanggungjawab besar dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara."Justeru, menjadi tanggungjawab seluruh ekosistem kementerian termasuk LTAT untuk memastikan kebajikan keluarga mereka, khususnya pendidikan anak-anak, turut diberikan perhatian sewajarnya."Program seperti Sekolah Angkat MADANI membuktikan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat memerlukan kerjasama menyeluruh antara kerajaan, agensi dan sektor korporat."Saya berharap inisiatif ini bukan sahaja menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih baik, malah membuka lebih banyak peluang kepada anak-anak warga ATM untuk membina masa depan yang lebih cerah," katanya.Bersempena lawatan ke Kem Terendak, Melaka, Mohamed Khaled turut meninjau Sekolah Rendah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang merupakan antara sekolah angkat di bawah Program Sekolah
42 SRA, KAFA dalam kem ATM terima manfaat program LTAT

Key takeaways
LTAT melaksanakan Program Sekolah Angkat MADANI 2026 dengan 42 SRA dan KAFA dalam kem ATM, berjumlah RM1.05 juta.
- Program ini bertujuan meningkatkan prasarana sekolah agama dan KAFA untuk suasana pembelajaran yang lebih baik.
- LTAT berkomitmen menjaga kesejahteraan warga ATM dan keluarga mereka melalui pendidikan dan kemudahan komuniti.
- Program ini dilancarkan oleh Menteri Pertahanan dan disokong oleh kementerian terlibat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian 23 pesakit ATM terima sumbangan Yayasan LTAT
- Utusan Malaysia 15,000 anggota dan veteran ATM disasar manfaat MyBakat Veteran
- Sinar Harian 42 SRA, KAFA dalam kem ATM terima manfaat program LTAT (this story)








