PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan orang ramai menggunakan pelitup muka N95 sekiranya perlu berada di luar ketika jerebu bagi mengurangkan pendedahan kepada partikel halus yang boleh membahayakan kesihatan.KKM dalam kenyataan memaklumkan pelitup muka N95 paling berkesan untuk menapis partikel halus PM2.5 yang terkandung dalam udara berjerebu.Menurutnya, jerebu yang melanda negara ketika ini disebabkan pembakaran hutan Indonesia mengandungi partikel halus bersaiz 2.5 mikron (PM2.5) yang boleh memasuki sistem pernafasan dan boleh membahayakan kesihatan."Oleh itu sekiranya perlu berada di luar, orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan pelitup muka N95 kerana ia paling berkesan untuk menapis bahan pencemar udara PM2.5 semasa jerebu."Sekiranya pelitup muka N95 tidak dapat diperolehi, pemakaian pelitup muka tiga lapis boleh dipertimbangkan sebagai langkah perlindungan tambahan yang terhad," katanya.KKM berkata, langkah paling berkesan untuk meminimumkan kesan buruk jerebu terhadap kesihatan adalah dengan mengelakkan aktiviti di luar sekiranya Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 100, iaitu tahap tidak sihat."KKM akan terus memantau situasi jerebu dan kesannya terhadap kesihatan penduduk serta memastikan fasiliti kesihatan, bekalan ubat-ubatan dan petugas kesihatan sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan yang diperlukan," menurut kenyataan itu.
Jerebu: KKM saran penggunaan pelitup muka N95

Key takeaways
Kementerian Kesihatan menyarankan penggunaan pelitup muka N95 semasa jerebu untuk mengurangkan pendedahan kepada partikel halus PM2.5.
- Pelitup muka N95 paling berkesan untuk menapis partikel PM2.5 semasa jerebu.
- Jerebu disebabkan pembakaran hutan Indonesia yang mengandungi partikel halus berbahaya.
- KKM menasihati orang ramai mengelakkan aktiviti luar jika Indeks Pencemaran Udara melebihi 100.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Jerebu: KKM saran penggunaan pelitup muka N95 (this story)






