Kota Kinabalu: Mahkamah Koroner di sini dijangka menyampaikan keputusan inkues berhubung kematian Zara Qairina Mahathir pada 15 Januari tahun depan.
Koroner Amir Shah Amir Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas berbincang dengan semua pihak.
Beliau turut menetapkan pihak-pihak terbabit memfailkan hujah bertulis masing-masing pada atau sebelum 15 Disember ini.
Prosiding berkenaan selesai pada Rabu selepas 96 hari perbicaraan, lebih setahun selepas inkues bermula pada 3 September 2025.








