PERKATAAN ‘maaf’ mungkin kedengaran mudah, tetapi bagi sesetengah pasangan, ungkapan itulah paling sukar dilafazkan.
Sikap enggan mengakui kesalahan sendiri boleh menghakis kepercayaan dan merenggangkan hubungan pasangan suami isteri.
Itulah yang dialami oleh Farah (bukan nama sebenar) selepas perkahwinannya selama 12 tahun musnah.
Berkongsi dengan K-Wanita, kerani di sebuah syarikat swasta itu berkata, dia bukan meminta suaminya supaya sentiasa mengalah setiap kali berlaku pertengkaran antara mereka.









