PETALING JAYA – Seorang individu mendakwa kehilangan wang RM8,000 di dalam akaun banknya selepas dipercayai ditipu bagi pembelian ikan dan makanan laut yang lain.

Menerusi hantaran Thread Bazerind, dia mendakwa menjadi mangsa penipuan seorang wanita yang menawarkan jualan makanan laut murah menerusi Facebook.

“Saya baru kena scam, tiga jam lepas duit dalam akaun bank saya RM8,000 lebih hilang. Baru perasan saya kena tipu dengan seorang perempuan pura-pura jual seafood (makanan laut).

“Suruh bayar deposit dulu tapi tak berjaya. Sebab lepas masuk dalam Maybank MAE, page (Facebook) tu terus hilang. Dia telefon saya ajar macam mana nak buat tempahan. Tak