WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menolak kemungkinan menggunakan senjata nuklear terhadap Iran, sambil menegaskan Washington tidak memerlukan senjata sedemikian untuk mencapai matlamatnya.

Dalam temu bual bersama Newsmax semalam, Trump turut menjelaskan bom yang digelar ‘ibu segala bom’ bukan senjata nuklear, sebaliknya senjata konvensional berkuasa tinggi.

Penjelasan itu dibuat susulan laporan pentadbirannya sedang mempertimbangkan penggunaan bom berkenaan terhadap Iran, berkemungkinan selepas pilihan raya pertengahan penggal AS.

“Ibu segala bom bukan bom nuklear. Ia hanya bom yang sangat besar,” katanya.