OREGON: Tiga murid dan seorang guru maut dalam insiden tembakan di sebuah sekolah rendah di negeri Oregon, barat laut Amerika Syarikat (AS), menurut polis.
Suspek yang juga maut dalam kejadian itu dikenal pasti sebagai seorang remaja lelaki tempatan berusia 16 tahun.
Ketua Jabatan Polis Bend, Mike Krantz berkata, pihaknya mula menerima maklumat mengenai kejadian tembakan yang sedang berlaku selepas seorang individu menghubungi polis dan melaporkan dirinya ditembak beberapa kali oleh seorang lelaki yang membawa senapang.
Menurut Krantz, puluhan panggilan kecemasan kemudian diterima, memaklumkan seorang lelaki bersenjata memasuki sekolah berkenaan. Semua anggota penguat kuasa undang-undang di kawasan itu dikerahkan ke lokasi kejadian.






