KUALA LUMPUR: Cubaan mencuri kabel di kawasan landasan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Kajang menyebabkan jadual perkhidmatan tren terjejas selepas bekalan kuasa diputuskan sementara, pagi tadi.
Rapid KL dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan kejadian dikesan kira-kira jam 5.30 pagi di antara Stesen Phileo Damansara dan Stesen Pusat Bandar Damansara.
Menurutnya, bekalan kuasa di lokasi berkenaan diputuskan sementara mengikut prosedur operasi dan keselamatan susulan pencerobohan kawasan landasan serta cubaan mencuri kabel.
"Langkah itu diambil bagi membolehkan Pasukan Polis Bantuan menjalankan pemeriksaan dan operasi mengesan suspek dengan selamat.








