Rapid KL berkata bekalan kuasa disambung semula pada 6.32 pagi tadi selepas tindakan perlu dilaksanakan. PETALING JAYA: Perkhidmatan MRT Laluan Kajang terjejas pagi ini susulan cubaan mencuri kabel antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara.
Rapid KL berkata, susulan pencerobohan landasan dan cubaan mencuri kabel yang dikesan pada 5.30 pagi tadi, bekalan kuasa di kawasan terbabit diputuskan buat sementara mengikut prosedur operasi dan keselamatan.
Jelasnya, langkah itu bagi membolehkan pasukan polis bantuan menjalankan pemeriksaan dan operasi mengesan suspek dengan selamat, di samping memastikan keselamatan penumpang, petugas serta kawasan landasan dan kelancaran operasi perkhidmatan tren.






