KUALA LUMPUR: Niat pengacara, Ain Edruce, membuat kejutan buat suami dengan menghadiahkan tiket perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix Bahrain bertukar pengalaman pahit apabila dia mendakwa ditipu sehingga membayar RM8,000 untuk dua tiket yang sepatutnya boleh dibeli pada harga jauh lebih rendah.

Ain atau nama sebenarnya, Nurul Ain Edruce, 35, berkata, dia hanya menyedari harga tiket yang dibelinya itu terlalu mahal selepas tiba di lokasi perlumbaan berkenaan.

Menurutnya, dia membeli tiket berkenaan tanpa membuat perbandingan harga terlebih dahulu kerana kurang arif mengenai sukan permotoran, selain mahu memberikan kejutan kepada suaminya.

"Saya kena scam, tetapi saya dapat tiket itu. Cuma harganya melampau. Orang lain beli tiket itu pada harga RM2,000 seorang, tetapi saya bayar RM8,000.