PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita dipercayai etnik Rohingya mengenakan seluar pada anaknya di dalam sebuah bas selepas kanak-kanak itu membuang air kecil mengundang kemarahan orang ramai.

Menurut satu hantaran pengguna Threads, @sush1tz, dia mendakwa wanita berkenaan terlebih dahulu membiarkan anaknya membuang air kecil di sebuah hentian bas di Ampang Point tanpa dibasuh sebelum menaiki bas.

Pengguna tersebut turut mempersoalkan tindakan wanita berkenaan yang tidak menjaga kebersihan serta meminta pihak pengendali pengangkutan awam tersebut memberi perhatian terhadap kejadian itu.

Menjawab aduan tersebut, Rapid KL menerusi ruangan komen meminta pengguna ber