WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengesahkan Washington sedang berunding dengan Moscow dan Beijing berhubung penghapusan senjata nuklear.
Ketiga-tiga negara itu dikatakan memiliki simpanan senjata nuklear terbesar di dunia, dengan Russia dilapor mempunyai jumlah hulu peledak nuklear tersimpan paling banyak, diikuti AS dan China
Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), Russia mempunyai jumlah hulu peledak nuklear tersimpan paling banyak, diikuti AS dan China, namun AS mempunyai lebih banyak hulu peledak nuklear, berbanding Russia.
Dalam temu bual bersama Newsmax, Trump berkata, beliau menjangkakan China akan 'mengejar' AS dari segi keupayaan nuklear dalam tempoh lima tahun akan datang.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2024%2F09%2F051a26f69fc289398b827737b67d5a58.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)