Sektor perkhidmatan kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada suku ketiga 2026 dengan merekodkan peningkatan sebanyak 5.4% didorong oleh subsektor perdagangan borong dan runcit, maklumat dan komunikasi serta kewangan dan insurans. (Gambar Envato Elements)KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia dianggarkan berkembang sebanyak 5.3% pada suku ketiga 2026 selepas mencatatkan pertumbuhan 6.0% pada suku tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam laporan Anggaran Awal Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi Suku Ketiga 2026 hari ini, DOSM memaklumkan ini disokong oleh prestasi positif merentas kesemua sektor ekonomi, kecuali perlombongan dan pengkuarian yang merekodkan penguncupan.