SINGAPURA: Ekonomi Singapura berkembang 5.4 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga 2026, lebih sederhana berbanding pertumbuhan 6.2 peratus pada suku sebelumnya.

Menurut anggaran awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), ekonomi republik itu berkembang 1.1 peratus pada asas suku ke suku selepas diselaraskan mengikut musim, berbanding 1.5 peratus pada suku kedua.

Sektor pembuatan mencatat pertumbuhan 7.5 peratus tahun ke tahun pada suku ketiga, lebih perlahan berbanding 12.9 peratus pada suku sebelumnya.

Pertumbuhan sektor itu disokong peningkatan pengeluaran dalam kelompok elektronik, kejuruteraan ketepatan, kejuruteraan pengangkutan dan pembuatan am, sekali gus mengimbangi kemerosotan dalam kelompok kimia serta pembuatan bioperubatan.