Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Azman Abidin berkata Pakatan Harapan dijangka mengumumkan senarai calonnya bagi PRN Melaka pada 18 Okt ini.PETALING JAYA: PKR menyasarkan bertanding lapan hingga sembilan kerusi pada PRN Melaka bulan depan.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Azman Abidin, berkata Machap, Ayer Keroh dan Rembia antara kerusi dikenal pasti untuk ditandingi PKR.
Menurutnya, Pakatan Harapan dijangka mengumumkan senarai calonnya bagi PRN Melaka pada 18 Okt ini.
"Kalau tidak silap saya, kita sasarkan lapan hingga sembilan kerusi, selebihnya rakan-rakan dalam gabungan kita," katanya menurut Berita Harian pada program Jalinan Jelajah Rider Melaka di Dewan Censelor Universiti Teknikal Malaysia Melaka di Durian Tunggal, Alor Gajah.







