Menteri KBS Dr Taufiq Johari harap pelumba muda negara dalam kategori Moto3, Hakim Danish Ramli, dapat pamer aksi cemerlang ketika MotoGP di laman sendiri dengan sokongan padu peminat tanah air. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan kehadiran 200,000 pengunjung pada Perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 yang dijadualkan berlangsung dari 30 Okt hingga 1 Nov ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Menteri Belia dan Sukan Dr Taufiq Johari berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan keyakinan bahawa momentum positif susulan penganjuran Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain 2026 di SIC minggu lepas dapat diteruskan ke MotoGP.

Tambahnya, sasaran itu lebih tinggi berbanding lebih 190,000 pengunjung yang direkodkan pada edisi sebelumnya.