Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata usaha mengeratkan hubungan PAS dengan Umno bukanlah mudah dan kedua-dua parti perlu memanfaatkan sebaik-baiknya peluang untuk menyatukan kedua-dua parti.PETALING JAYA: PAS akan mengutamakan Umno dan Barisan Nasional (BN) berbanding parti lain, termasuk Wawasan pimpinan Hamzah Zainudin, dalam rundingan pakatan politik, kata Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.
Hashim berkata, mesyuarat Majlis Syura PAS yang dipengerusikannya baru-baru ini bersetuju bahawa parti itu boleh mengadakan rundingan dengan mana-mana parti, tetapi Umno perlu diberi keutamaan, lapor Utusan Malaysia.
Mengakui bahawa usaha mengeratkan hubungan PAS dengan Umno bukanlah mudah, beliau berkata kedua-dua parti perlu memanfaatkan sebaik-baiknya peluang untuk menyatukan kedua-dua parti.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fn913_857937.png&w=480&output=webp&q=85&we)