ARAU: PAS sedia memberikan keutamaan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) berbanding parti politik lain dalam sebarang urusan rundingan kerjasama menjelang pilihan raya umum akan datang.
Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata, ketetapan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya baru-baru ini, yang membenarkan kepimpinan PAS Pusat berunding dengan mana-mana parti, namun keutamaan diberikan kepada UMNO.
Beliau berkata, Majlis Syura berpandangan bukan mudah untuk mendamaikan hubungan antara PAS dan UMNO. Justeru, apabila ruang perpaduan itu semakin menjadi kenyataan, ia perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.
"PAS hendak muafakat dengan sesiapa sekalipun, jangan tinggalkan UMNO.










