ARAU: Pas mengutamakan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam sebarang run­dingan kerjasama politik, berbanding parti lain termasuk Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, ketetapan itu dibuat dalam mesyua­rat Majlis Syura Ulama yang dipengerusikannya baru-baru ini, yang membenarkan Pas Pusat berunding dengan mana-mana parti politik dengan memberi keutamaan kepada UMNO.

Beliau berkata, usaha mendamaikan Pas dan UMNO bukan perkara mudah, justeru peluang untuk menyatukan kedua-dua parti itu perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Pas hendak berpakat de­ngan sesiapa sekali pun, ja­ngan tinggalkan UMNO. Perpaduan antara Pas dan UMNO ini perlu dipertahankan de­ngan keutamaan rundingan adalah bersama UMNO berbanding parti-parti lain,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.