PETALING JAYA: Hari malang skuad negara di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2026 terus berpanjangan apabila jaguh keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang gagal ke separuh akhir sebelum dua pelumba wanita turut terkandas dalam acara pecut individu di Shanghai, semalam.
Harapan yang disandarkan kepada Azizulhasni yang menjuarai Sukan Komanwel dan Asia tidak kesampaian apabila pelumba berpengalaman itu menduduki tempat keenam dalam saringan ketiga suku akhir, sekali gus menamatkan cabarannya dalam acara keirin lelaki.
Lebih mengecewakan, bekas juara dunia 2017 itu sebelum ini berjaya melepasi pusingan pertama selepas menamatkan saringan di tempat kedua, hanya 0.006 saat (s) di belakang pelumba Jepun, Kaiya Ota, namun gagal mengulangi prestasi sama ketika saingan semakin sengit.






