PETALING JAYA: Ringgit mencatatkan prestasi terbaik dalam kalangan mata wang ASEAN sejak 2023 dengan pengukuhan sekitar tujuh peratus, disokong pertumbuhan kukuh serta prestasi ekonomi Malaysia.

Ahli Ekonomi Kanan MARC Ratings Berhad, Kamal Zharif Jauhari berkata, sokongan datang daripada pertumbuhan eksport, asas domestik yang kukuh serta prestasi ekonomi.

Ujarnya, Malaysia masih mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, berbeza dengan Amerika Syarikat (AS), Indonesia dan Filipina yang telah menaikkan kadar faedah susulan peningkatan inflasi.

“Kadar faedah Malaysia berpotensi kembali ke paras normal sekitar tiga peratus, berdasarkan purata jangka panjang, mengambil kira prestasi ekonomi negara pada 2025 dan 2026.