Kota Kinabalu: Kelab Media Prima (MPC) menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) menyantuni dua pegawai bomba Sabah yang berdepan masalah kesihatan bagi membantu meringankan beban mereka.

Program ziarah itu diadakan sempena penganjuran Jelajah Akinabalu 4095: Sinergi Dua Entiti, anjuran MPC dengan kerjasama Agrobank.

Antara penerima sumbangan ialah Dahlan Saharom, 40, yang menghidap hemotoraks, iaitu keadaan apabila darah terkumpul di dalam ruang antara paru-paru dan dinding dada.

Dahlan pernah menjadi antara anggota pasukan penyelamat awal yang dihantar ke lokasi kejadian gempa bumi di Sabah pada 2015.