KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 199 kes jenayah membabitkan pelarian Rohingya di negara ini antara 2022 hingga Ogos 2026.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Selangor mencatatkan jumlah kekerapan kes jenayah paling tinggi dengan 58 kes, diikuti Kedah (26) dan Kuala Lumpur dengan 22 kes, antara 2022 hingga 2026.

"Tahun 2022 mencatatkan jumlah kes paling banyak dengan 52 kes, diikuti 2023 (43), 2024 (37), 2025 (29) dan sehingga Ogos 2026 sebanyak 38 kes direkodkan," katanya menerus jawapan bertulis yang disiarkan di portal Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Adnan Abu Hassan (BN- Kuala Pilah) yang meminta menyatakan jumlah kesalahan jenayah membabitkan pelarian Rohingya mengikut negeri serta langkah Kerajaan memperkukuh kawalan, pendaftaran dan pemantauan komuniti itu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.