SEGAMAT – Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun cedera di dahi selepas dipercayai dipukul menggunakan tin gam oleh lelaki yang mempunyai 33 rekod jenayah dan narkotik di Jalan Mohd Yusof, Kampung Abdullah, di sini.

Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek berusia 40 tahun berang apabila ditegur mangsa supaya beredar kerana membuat bising dan mengamuk di hadapan sebuah premis perniagaan.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Mohd Jumazanzahir Chek Ismail berkata, suspek kemudian bertindak memukul kepala mangsa menggunakan tin gam sebelum melarikan diri.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami luka di bahagian dahi sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Segamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.