Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengesahkan sorang anggotanya maut, manakala seorang lagi parah selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan membabitkan dua lori di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran susur keluar Senawang, Negeri Sembilan, malam tadi.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua anggota berkenaan menjalankan tugas rondaan mengikut syif masing-masing di lebuh raya terbabit.
"Melalui laporan awal yang kita terima, JPJ sedang melakukan rondaan. Mereka menahan lori di kawasan lorong kecemasan di persimpangan Senawang.
"Tiba-tiba ada sebuah lori melanggar belakang kenderaan JPJ dan juga sebuah lori lain dan mengakibatkan kemalangan," katanya ketika dihubungi Buletin TV3, hari ini.








