DENPASAR – Beratus-ratus penduduk mengadakan tunjuk perasaan membantah kekurangan petrol yang dikaitkan oleh pihak berkuasa dengan gangguan bekalan di Pulau Bali semalam ketika kenderaan berbaris panjang selama berjam-jam di stesen-stesen minyak.

Kerajaan tempatan menggesa penduduk supaya bertenang pada minggu ini sambil berkata, terdapat bahan api mencukupi untuk diagihkan di pulau itu. Bali bergantung kepada bekalan petrol dan diesel yang dihantar melalui kapal.

Sementara itu, barisan kenderaan sepanjang lebih 1 kilometer kelihatan di beberapa stesen minyak di ibu kota wilayah Bali, Denpasar semalam, kata wartawan AFP, manakala kira-kira 500 orang berhimpun di luar pejabat gabenor.