Segamat: Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun cedera di dahi selepas dipercayai dipukul menggunakan tin gam oleh seorang lelaki yang disyaki khayal akibat menghidu gam di hadapan sebuah premis perniagaan di Jalan Mohd Yusof, Kampung Abdullah, di sini.
Kejadian dipercayai berlaku selepas suspek berusia 47 tahun berang apabila ditegur mangsa supaya tidak membuat bising di hadapan premis berkenaan.
Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Jumazanzahir Chek Ismail, berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai 33 rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah dan dadah.
Beliau berkata, polis menerima laporan daripada mangsa selepas lelaki itu diserang suspek di hadapan premis berkenaan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fundang423_276515.png&w=480&output=webp&q=85&we)

