London: Pemain tengah Arsenal, Mikel Merino mengakui dirinya bernasib baik kerana masih hidup selepas terselamat daripada kecederaan dalam serangan bom terhadap bas Borussia Dortmund pada tahun 2017.

Dunia bola sepak dikejutkan apabila kelab Jerman itu menjadi mangsa serangan yang dilakukan Sergej Wenergold, dengan tiga bom paip meletup berhampiran bas ketika pasukan berkenaan dalam perjalanan ke stadium bagi menghadapi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah.

Pertahanan Dortmund, Marc Bartra terpaksa menerima rawatan di hospital akibat kecederaan pada pergelangan tangan, manakala seorang anggota polis turut mengalami kecederaan sehingga tidak dapat kembali bertugas.

Merino bagaimanapun terselamat tanpa sebarang kecederaan, namun keadaan mungkin berbeza jika beliau tidak menukar tempat duduk.