Vienna: Carlos Alcaraz akan beraksi dalam kejohanan Terbuka ATP 500 Erste Bank di Vienna buat kali pertama sejak 2021 selepas menerima jemputan wild kad, umum Jelajah ATP.

Pemain berusia 23 tahun dari Sepanyol itu mengharungi musim yang tidak menentu akibat kecederaan pergelangan tangan sehingga terlepas saingan Wimbledon dan Terbuka Perancis.

Bagaimanapun, dia masih berjaya meraih tiga gelaran, bermula dengan kejuaraan Terbuka Australia sebelum menjuarai kejohanan di Doha dan Tokyo.

Ketika pemain Itali, Jannik Sinner, terpaksa melupakan baki musim ini akibat kecederaan, beberapa pemain kelompok 10 terbaik dunia dijangka menyertai kejohanan gelanggang tertutup di Vienna dari 26 Oktober hingga 1 November.