VIENNA: Bintang tenis Sepanyol, Carlos Alcaraz mengesahkan penyertaan dalam kejohanan ATP Vienna selepas penganjur mengambil peluang mendapatkan khidmat pemain nombor tiga dunia itu susulan penangguhan acara pertunjukan Six Kings Slam di Arab Saudi.
Penganjur kejohanan Vienna dalam kenyataan hari ini berkata, pengarah kejohanan, Herwig Straka segera menghubungi pengurusan Alcaraz semalam sebaik menerima petunjuk bahawa Six Kings Slam akan ditunda sehingga penghujung Disember.
"Segalanya berlaku dengan pantas selepas itu dan Carlos bersetuju menyertai kejohanan di Vienna tanpa teragak-agak," kata Straka.
Straka menyifatkan komitmen pemain berusia 23 tahun itu sebagai satu penghormatan besar buat kejohanan berkenaan.










