SEREMBAN: Suspek yang juga suami kepada mangsa bunuh, Norhazwani Ibrahim, 35, telah menghubungi abang iparnya untuk memaklumkan telah membunuh isterinya itu, sebelum menyerah diri di balai polis, malam tadi.

Abang sulung mangsa, Amran Ibrahim berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan oleh adik kelapannya yang menerima panggilan telefon daripada suspek kira-kira pukul 7.30 malam.

“Adik saya beritahu suami arwah telefon dan memaklumkan bahawa dia telah membunuh isterinya sebelum menyerah diri di Balai Polis Sepang.

“Selepas mendapat tahu perkara itu, adik saya terus memaklumkan kepada saya sebelum saya datang ke sini untuk mendapatkan pengesahan,” katanya ketika ditemui di Kuarters KLIA, Nilai, di sini, awal pagi tadi.