RAMAI di antara kita pernah menaiki bas mini dan juga bas panjang henti-henti suatu ketika dahulu. Biasanya tempat duduk yang disediakan merupakan bangku lebar untuk dua orang duduk berserta dengan tempat bersandar, kecuali bangku belakang sekali.
Setelah lama menunggu, akhirnya dapat juga menaiki bas, dengan harapan dapat duduk di bangku setelah penat berdiri tadi.
Dari jauh terlihat ada satu tempat duduk yang diduduki oleh seorang lelaki sahaja. Setelah dihampiri, rupa-rupanya lelaki tersebut sedang duduk mengangkang dengan sudut kangkangan seluas 120 darjah, seolah-olah bangku tersebut ditempah olehnya.
Perkara yang serupa pernah juga berlaku ketika menghadiri majlis perasmian, ucapan, ceramah, persidangan dan sebagainya. Saiz dan bentuk badan manusia berbeza-beza bagi orang tempatan dan luar negara.








