KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama pada Jumaat, disokong oleh permintaan yang kukuh terhadap mata wang tempatan walaupun data ekonomi AS yang baik mengukuhkan kedudukan mata wang negara itu.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0820/0885 berbanding dolar AS daripada 4.0830/4.0875 semasa ditutup pada Khamis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Institute for Supply Management (ISM) AS dicatatkan pada 54.5 mata pada September berbanding 54.6 mata pada bulan sebelumnya.
"Subindeks pesanan baharu menunjukkan aktiviti perniagaan dijangka kekal kukuh, dengan indeks meningkat kepada 55.3 mata daripada 53.7 mata sebelumnya.






