WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membatalkan rancangan menyiarkan secara langsung hukuman mati terhadap bekas pakar psikiatri tentera, Nidal Malik Hasan susulan kecaman meluas di seluruh dunia.
Dalam hantaran di media sosial Trump berkata, siaran hukuman mati itu mungkin menjadi pengajaran kepada dunia tentang cara AS menangani pengganas dan individu seperti Nidal.
Bagaimanapun, beliau berkata, ramai pihak yang berniat baik tidak mahu menyaksikan kematian Nidal melalui siaran langsung atau sebarang kaedah visual lain.
“Dia akan dihukum mati mengikut jadual, iaitu melalui skuad penembak, tetapi peristiwa itu tidak akan disiarkan secara langsung,” kata Trump.






