Tentera AS siar langsung hukuman mati skuad tembak terhadap penyerang Fort Hood
Washington: Hukuman mati terhadap Nidal Hasan, bekas anggota tentera yang disabitkan membunuh dalam serangan di pangkalan tentera Fort Hood, akan disiarkan secara langsung menerusi penstriman, kata seorang pegawai Pentagon pada Khamis, selepas Setiausaha Pertahanan AS, Pete Hegseth, berkata hukuman itu akan dilaksanakan secara "terbuka".
Hasan, seorang pakar psikiatri Tentera Darat AS, menembak mati 13 orang di Fort Hood pada 2009. Hukuman matinya akan menjadi yang pertama dilaksanakan oleh tentera AS sejak 1961, selain hukuman mati pertama menggunakan skuad tembak sejak Perang Dunia Kedua.
"Ia akan disiarkan secara langsung. Butiran lanjut akan menyusul," kata pegawai Pentagon itu kepada AFP dengan syarat identitinya dirahsiakan.










