WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) merangka pelan serangan baharu yang merangkumi kemungkinan penggunaan ibu segala bom terhadap infrastruktur tenaga dan kemudahan nuklear Iran jika Presiden Donald Trump mengarahkan operasi tempur disambung semula.
Pendedahan itu didedahkan oleh beberapa pegawai AS yang mengetahui tentang perancangan itu selepas kali terakhir Washington menyerang selatan Iran pada 1 September lalu.
Cadangan berkenaan yang didedahkan CNN itu adalah termasuk penggunaan bom GBU-43/B Letupan Berskala Besar (MOAB).
Ia merupakan bom bukan nuklear terbesar dalam simpanan senjata AS, yang menandakan kemungkinan peningkatan besar-besaran dalam konflik dengan Iran.






