PETALING JAYA – Punca nahas helikopter Bolkow BO105 di STOLport Long Lellang, Miri, Sarawak pada 8 September lalu masih belum dimuktamadkan.

Berdasarkan laporan awal Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB), Kementerian Pengangkutan, penyiasat masih mengumpul dan meneliti fakta berkaitan operasi penerbangan, prosedur operasi standard (SOP) serta sejarah penyelenggaraan helikopter berkenaan.

AAIB memaklumkan maklumat yang diperoleh setakat ini masih di peringkat awal dan memerlukan penelitian lanjut bagi mengesahkan keberkesanan sistem keselamatan serta menilai kemungkinan wujudnya kelemahan yang menyumbang kepada kejadian.

“Analisis menyeluruh terhadap fakta yang dikumpulkan akan dilaksanakan sebelum dapatan akhir, termasuk punca dan faktor penyumbang nahas, diperincikan dalam laporan ak