KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Terjun Malaysia Aquatics (MAS), Yeoh Ken Nee menyeru penerjun negara meningkatkan tahap kesukaran terjunan agar mereka benar-benar bersedia menjelang Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest bermula 26 Jun hingga 18 Julai tahun depan.

Menurutnya, kejohanan dunia itu bakal menjadi platform penting untuk penerjun negara menguji kemampuan selain memburu slot ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

"Tempoh kelayakan Olimpik semakin hampir. Kami mempunyai kira-kira lapan bulan untuk membuat persiapan, jadi ia akan menjadi tempoh yang mencabar buat penerjun dan barisan kejurulatihan," katanya yang melihat wakil negara mempunyai tempoh lebih kurang lapan untuk melakukan persiapan.