Seremban: Skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) bertekad untuk memastikan tiga mata berada dalam genggaman pasukan itu apabila turun melayani kunjungan Sabah FC dalam aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Poroi, petang esok.
Ketua jurulatih, Daniel Gimenez Alcaniz, menegaskan bahawa skuad bimbingannya sudah bersedia dari segala aspek untuk berdepan lawan itu dan mahu skuad Hobin Jang Hobin menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan kemenangan.
Pengendali berasal dari Sepanyol itu berkata, selepas pasukan kehilangan mata pada aksi menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada 11 September lalu, pemain perlu menampilkan aksi penuh disiplin dan semangat juang tinggi dengan setiap peluang digunakan untuk jaringan gol.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAPMC1_889603.png&w=480&output=webp&q=85&we)