PETALING JAYA – Seorang mekanik dipenjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan cuba membunuh seorang anggota polis berpangkat koperal dalam satu insiden kejar mengejar di Damansara, minggu lalu.
Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas Tan Teek Lai, 33, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya dalam Bahasa Mandarin.
Mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh tangkapan 10 Oktober 2026.
Mengikut pertuduhan, Teek Lai yang memandu kereta Proton Wira telah melanggar Koperal Muhamad Firdaus Maulud menyebabkannya patah tangan kiri di Jalan Sungai Buloh-Kepong, Damansara, di sini, pada pukul 6.21 petang, 9 Oktober lalu.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FAPMC1_889603.png&w=480&output=webp&q=85&we)
